Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia
juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat
jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan
menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.
Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan
peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan
Mi’raj. Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :
1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana
pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w
dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di
kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang
mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke
negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan
keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan
menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke
Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w.
Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana
rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w
dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit
bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t . Dalam
menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan
pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17 RabiulAwwal,
sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada
yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain
daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah
golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan
alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu
tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera
Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan
diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang
sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina
Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan
umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah
melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan
kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam.
Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan
kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan
kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H.
Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin)
dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah
Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan
767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam
mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie.
Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang
ialah kitab Al-Umm.
Sumber dari: http://tokwan.wordpress.com/2009/07/