Sesungguhnya al-Qur’an merupakan kitab suci
yang berbahasa Arab dan mempunyai nilai-nilai sastera yang bermutu tinggi.[1]
Pemakaian i’jaz al-Qur’an dari sudut ilmiyah merupakan elemen-elemen sains yang
terdapat dalam al-Qur’an, sama ada dalam bentuk kejadian manusia, penciptaan
alam, pergerakan siang dan malam yang silih berganti dan lain-lain lagi.
Perkara ini merupakan dorongan dan stimulasi al-Qur’an yang dijelmakan kepada
manusia agar terus berfikir dan mencetuskan idea kepada dirinya sendiri tentang
alam semesta yang sentiasa berlegar di atas paksinya.[2] Kei’jazan ini
menunjukkan bagaimana al-Qur’an dapat menundukkan para pencabarnya dari sudut
perbahasan ilmiyah dengan penggunaan fakta yang ‘concrete’ yang tidak mampu dipertikaikan lagi. Tuduhan yang
dilemparkan oleh golongan orientalis dan kaum kerabatnya yang menyatakan bahawa
Nabi s.a.w. menulis al-Qur’an adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Bagaimana
seorang yang ummi dan buta huruf yang tidak pernah berguru dengan sesiapa dan
tidak pernah belajar mengenai astronomi, anatomi, biologi dan lain-lain mampu
bercakap atau menulis mengenai perkara tersebut..?
Maka,
tuduhan ini adalah tuduhan palsu dan bohong, tuduhan yang sangat bodoh dan
dangkal akal fikiranya…!
Tidak
lain dan tidak bukan, perkara ini merupakan mukjizat yang dianugerahkan oleh
Allah kepada baginda s.a.w.
Sebagai
contoh, mengenai perjalanan dan peredaran matahari, pakar-pakar sains
menyatakan bahawa bumi mengelilingi matahari yang tidak bergerak dan tetap
dengan kedudukannya. Akan tetapi, al-Qur’an menjelaskan perkara sebenar
mengenai perjalanan dan peredaran matahari melalui ayatnya.
Firman Allah Ta’ala:
وَالشَّمْسُ
تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ
تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
Maksudnya:
“Dan matahari yang kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, yang
demikian itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui” (Surah Yasin: 36:38).
Al-Qur’an juga
memberitahu kepada kita tentang gambaran sebenar mengenai proses penurunan
hujan, di mana awan yang berarak di langit bercantum di antara satu sama lain
untuk mengumpulkan air, setelah air tersebut memenuhi kantungnya lalu awan
tersebut menurunkan hujan ke perut bumi.
Firman Allah Ta’ala:
أَلَمْ
تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ
رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلاَلِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ
مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَنْ
مَنْ يَشَاءُ ۖ
يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالأبْصَارِ
Maksudnya:
“Tidakkah
kamu melihat bahawa Allah
mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan
kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis, selepas itu kamu melihat hujan turun dari
celah-celahnya dan Allah juga menurunkan butiran
air dari langit, dari gunung-ganang yang
ada padanya, lalu Dia menimpakan dengannya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya
dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya, sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian
keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan”(Surah al-Nur: 24: 43).
Al-Qur’an juga
memberitahu kepada kita tentang kejadian manusia yang bermula dari proses
persenyawaan di antara benih lelaki dan benih perempuan dalam rahim. Ianya
bermula dari setitis mani, kemudian berubah menjadi segumpal darah, kemudian
berubah lagi menjadi seketul daging dan dengan daging tersebut akan membalut
segala tulang-belulang, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي
قَرَارٍ مَكِينٍ ثُمَّ خَلَقْنَا
النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ
عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا
آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ
اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Maksudnya:
“Kemudian Kami jadikannya air mani pada tempat yang kukuh, kemudian Kami
ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku
itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa
tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging, setelah sempurna
kejadian itu lalu Kami bentuk menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya, Maha
Suci Allah dan Dia adalah sebaik-baik Pencipta” (Surah al-Mukminun: 23: 13-14).
Dan di sana banyak lagi contoh-contoh lain
yang menunjukkan bahawa al-Qur’an banyak membekalkan maklumat untuk pengetahuan
manusia. Sesungguhnya i’jaz ilmi ini memberi maklumat yang
amat penting untuk pengetahuan umum dalam pelbagai aspek dan lapangan hidup, di
samping ianya mencetuskan informasi terkini kepada manusia, terutama
pakar-pakar sains yang ingin mendapatkan sumber-sumber yang sebenar.
Sekian,
wassalam
Al
Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi
Mustafa El-Batnani
syukran atas perkongsian.
ReplyDeleteT/kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat
Delete