Islam
datang menjelma dalam kehidupan manusia di saat-saat mereka sedang bergelombang
dengan arus jahiliyah yang hitam pekat. Di saat-saat ajaran Kristian terpaku
kelu tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengatasi gejala jahiliyah dari
segenap sudut, maka Islam muncul dengan aksinya yang tersendiri untuk
menghapuskan jahiliyah sehingga ke akar umbinya. Jahiliyah yang datang dari
segenap sudut itu telah dimusnahkan sama sekali, sama ada dalam kehidupan
manusia dan amalan seharian, dalam sistem ekonomi termasuk perniagaan,
perdagangan dan perusahaan yang mengamalkan sistem riba dan berat sebelah,
dalam sistem politik atau siasah yang mengamalkan penindasan dan perhambaan,
dalam lapangan kebudayaan dan adat resam, juga dalam aspek ibadat yang
terang-terang mengamalkan konsep penyembahan batu berhala dan amalan syirik.
Islam dapat menghapuskan semua sekali unsur-unsur jahiliyah tersebut tanpa
meninggalkan saki-baki yang boleh membiak. Akhirnya, jahiliyah itu dapat
dikuburkan semua sekali di atas runtuhannya. Di saat Islam mula bersinar dengan
cahaya yang terang-benderang menerangi kehidupan manusia, dengan manhaj dan
programnya yang simple, lalu muncul ajaran lapuk Kristian yang telah usang
bagaikan peminta sedekah dengan bau yang hapak dan hanyir cuba mengadu-domba
membuat kekacauan dalam ajaran Islam dan cuba menarik minat manusia untuk
bersama-sama dengan ajaran yang lapuk itu. Mereka bersekutu dengan Yahudi
laknat untuk memusnahkan Islam dan umat Islam sejagat. Pelbagai aksi dan cara
dilakukan untuk memusnahkan Islam dan para penganutnya; melalui peperangan,
pembunuhan, penyiksaan, kezaliman, keganasan dan pelbagai cara lagi dilakukan
semata-mata kerana manusia beriman kepada Allah. Tuhan yang satu.
Ketahuilah sabahat-sahabat seperjuangan! Musuh-musuh Islam tidak akan
meletakkan senjatanya untuk memerangi Islam dan umatnya, selagimana kita tidak
tunduk dan patuh kepada ideologi ciptaan mereka - selagi itulah mereka akan
terus-menerus akan memerangi kita walau dengan apa cara sekalipun. Mereka
menaruh dendam kasumat yang membara dilubuk hati mereka yang kotor dan jahat
itu. Maka benarlah apa yang dinyatakan oleh firman Allah Ta'ala di dalam Al
Kitab.....
ولايزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم
Maksudnya: " Mereka tidak sekali-kali
akan berhenti memerangi kamu sehingga kamu berpaling dari agama kamu ” ( Al
Baqarah: 217)
MATLAMAT GERAKAN KRISTIAN
Gerakan Kristian yang berpusat di Eropah
mempunyai beberapa rancangan jahat untuk diserap ke dalam pemikiran umat Islam.
Sejak jatuhnya Kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1928 gerakan anti
Islam anjuran Kristian dan penjajah tidak berhenti-henti sehingga ke hari ini.
Mereka seolah-olah ingin membalas dendam terhadap keunggulan Islam yang berjaya
menguasai pemikiran umat manusia di seluruh dunia dengan mengatur
manhaj-manhajnya yang syumul dan komprehensif. Hari ini, gerakan Kristian di
Barat kelihatan begitu malap dan tiada sambutan dari orang ramai. Boleh jadi,
di sana berlaku krisis nilai dan kemusnahan budaya menyebabkan masyarakat
tersebut lebih berminat dengan gaya hidup bebas dan suka berfoya-foya. Mereka
tidak berminat cara hidup Kristian yang hanya menumpukan ruangan hidup hanya
semata-mata kepada Jesus, tanpa ada program-program yang kompleks untuk aksi
kehidupan. Kebanyakan gereja-gereja di Barat menjadi kosong dan manusia di sana
kelihatan tidak berminat untuk menunaikan ibadat di sana dan akhirnya di jual
kepada orang-orang Islam untuk di buat masjid. Hakikat ini, kaum Kristian meletakan
kelemahan ajarannya itu kepada Islam seolah-olah cuba menghalang kegiatan
Kristian dan menghasut pemikiran umat manusia, lalu mereka membuat perancangan
di samping gerakan da'wah itu mereka juga berhasrat untuk
memusnahkan Islam dan ajaran Islam sekali. Mereka telah bekerjasama dengan
musuh-musuh Islam yang lain seperti puak Yahudi, penjajah dan juga komunis.
Apabila Jerusalem telah jatuh ke tangan orang-orang Islam pada tahun 1967
Rondolph Churchill telah berkata:
" Merampas Jerusalem dari kuasa Islam
adalah cita-cita Yahudi dan impian puak Kristian bersama, sebenarnya
kegembiraan kaum Kristian tidak kurang dari kegembiraan kaum Yahudi...."
Musuh-musuh Islam bersatu seia sekata
untuk melaksanakan cara-cara menghancurkan Islam dan prinsipnya sekali dan juga
memusnahkan 'aqidah para penganutnya, justeru tempat-tempat yang dianggap suci
oleh kaum muslimin. Di antara tujuan dan matlamat gerakan Kristian dan juga
impian seterunya sekali ialah:
MEMUSNAHKAN INDIVIDU MUSLIM
Mereka telah melancarkan beberapa gerakan
anti Islam untuk memusnahkan para penganutnya, di antaranya ialah:
Gerakan Sosial
Penglibatan kaum remaja dalam pelbagai
gerakan sosial boleh mencetuskan babak dan gejala sosial di kalangan mereka dan
sekaligus memusnahkan nilai kemanusiaan yang ada pada diri mereka.Mereka telah
mewujudkan 'Khidmat Sosial' untuk memberi khidmat seks kepada sesiapa sahaja
yang dikehendakinya. Pergaulan bebas para remaja antara teruna dan dara telah
mencetuskan aksi yang kronik dan begitu juga dengan ketagihan arak dan dadah.
Seorang orientalis Barat telah berkata:
" Kuasa segelas dengan seorang
penyanyi di sebelahnya akan dapat menghancurkan umat Muhammad lebih daripada
kuasa yang dapat dilakukan oleh seribu mariam, namun kedua-dua benda ini akan melenyapkan
mereka ke dalam cintakan kebendaan dan nafsu syahwat ".
Tanpa disedari, mereka meracunkan kaum
remaja tersebut dengan pelbagai aksi dan pemikiran yang akhirnya remaja
tersebut akan terikut-ikut dengan rentak tarian yang mereka lakukan. Dengan
itu, mudahlah bagi mereka meresapkan pengaruh mereka ke dalam pemikiran umat
Islam di samping memburuk-buruk ajaran Islam.
Free Sex
Di antara rancangan musuh-musuh Islam
untuk memusnahkan penganutnya ialah dengan mewujudkan suatu teori iaitu Teori Freud
yang menafsirkan segala sesuatu dari perilaku manusia itu menerusi jalan naluri
seks dan kebebasan melalui jalan syahwat dan kelazatan. Mereka menyatakan:
" Sesungguhnya Freud itu
orang kita, dan dia akan terus mempamirkan teori perhubungan seks di bawah
cahaya matahari supaya perkara tersebut kekal dalam ingatan kaum pemuda sebagai
suatu cara yang suci dan menjadikan tugasnya yang utama ialah mengenyangkan
naluri-naluri seks semata-mata dan ketika itu nanti akan runtuhlah
moralnya ".
Kaum remaja hari ini ramai yang
terpengaruh dengan dakyah-dakyah seumpama ini. Wujudnya golongan bohsia dan
bohjan menunjukkan musuh-musuh Islam telah berjaya dalam mencapai hasrat dan
matlamat mereka terhadap umat Islam.
Pemusnahan Akhlak
Orang-orang Yahudi dan Kristian mempunyai
hasrat yang sama terhadap orang-orang Islam. Mereka melahirkan perasaan dendam
kasumat terhadap Islam sejak dahulu lagi. Cuba kita lihat apa yang dinyatakan
oleh protokol Yahudi kesembilan:
" Kita telah berjaya menyesatkan
kaum-kaum yang bukan Yahudi, merosakkan moral mereka dan membiarkan mereka
terus hidup bodoh dengan mengajar mereka prinsip yang kami sendiri
menganggapnya salah dan tidak betul, meskipun dengan cara kita paksakan ke atas
mereka untuk menerimanya ".
Di antara protokol-protokol yang
dikemukakan oleh Masonic Yahudi ialah: " Kita
mesti bekerja keras untuk meruntuhkan akhlak dam moral manusia dari segala
aspek dan lapangan, agar dengan itu mudahlah kita menguasai mereka....".
Menghalalkan Pelacuran
Pelacuran merupakan suatu pekerjaan yang
berbentuk khidmat tertua di dunia yang diiktiraf oleh masyarakat dunia sehingga
ke hari ini sekalipun ianya memberi banyak keburukan dan penyakit kepada umat
manusia seluruhnya. Di antara beberapa keburukkan yang diperolehi dari hasil
pelacuran ialah penyakit seks seperti sifilis, syangkroid, gonorea,
limfogranuloma venereum, granuloma inguinale, jangkitan alat kelamin tak
khusus, trikomoniasis, kandidiasis, kudis buta, kutu ari-ari, herpes genitalis,
ketuat alat kelamin, moluskum kontagiosum dan yang terakhir ialah
penyakit aids. Berlakunya juga keruntuhan rumah tangga, kelahiran anak luar
nikah, berlakunya kerosakkan nasab keturunan, kemusnahan hidup, krisis nilai,
keruntuhan moral dan akhlak dan pelbagai keburukan lagi. Pertubuhan Pembebasan
Wanita (Women Liberation) di Barat telah berjuang menyuarakan hak-hak mereka
supaya mengharuskan pelacuran di dalam memberi khidmat sosial kepada mereka
yang memerlukan dan hari ini pelacuran bukan lagi di anggap suatu pekerjaan
yang hina bahkan ianya adalah suatu perusahaan yang boleh mendatangkan banyak
keuntungan di samping memberi kepuasan yang sementara. Islam awal-awal lagi
mengharamkan pelacuran walaupun ianya telah lama diamalkan di zaman jahiliyah
seolah-olah sukar melepaskan ikatan tersebut yang menjadi darah daging amalan
masyarakat jahiliyah. Namun hakikat kemudharatan mengatasi kebaikan, Islam
mengharamkannya secara tegas dan mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka
yang terlibat dengan gejala pelacuran. Konsep pelacuran hanya memberi
seteguk kepuasan yang tidak putus-putus dalam bentuk naluri seks sahaja dan
kecenderungan kepada syahwat. Ianya tidak membantu manusia untuk terus hidup
aman damai maju setapak lagi dan ianya juga tidak membantu masyarakat untuk
hidup harmoni kerana kegilaan seks itu tidak mengenal teruna dara dan
sesiapapun, justeru ianya pula tidak membantu minda untuk mara meningkat kerana
pemikiran hanya tertumpu kepada perusahaan hawa nafsu.
Pertandingan Sosial
Protokol Yahudi yang ketiga belas ada
menyebut:
" Kita akan melalaikan
manusia dengan pelbagai jenis hiburan dan permainan..... Kita segera memulakan
pengiklanan di dalam akhbar mengajak manusia untuk memasuki pertandingan dari
segala rancangan ..."
Kini, anak muda dan kaum remaja Islam amat
tergila-gila dengan rentak dan irama muzik yang mengasyikkan sehingga menolak
Al Quran ke tepi sebagai hiburan dan dirinya. Harian hidup mereka dipenuhi
dengan pelbagai warna aksi hiburan, mereka lebih menyanjung tinggi artis pujaan
mereka daripada mengenal tokoh-tokoh Islam, padahal artis tersebut tidak ada
kena mengena dengan mereka. Bahkan di sana terdapat di kalangan remaja Islam
yang berani pergi jauh dari itu dengan menyertai pertandingan yang diadakan
semata-mata merosakkan imej Islam dan umatnya sendiri seperti pertandingan ratu
cantik, aksi drama atau teater yang memesongkan 'aqidah dan sebagainya.....
(bersambung)
Sekian, wassalam
Al Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani
No comments:
Post a Comment