Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat dari Mekah ke Madinah telah membawa perubahan yang besar kepada
kebangkitan, kemantapan dan perkembangan agama Islam, bahkan hijrah itu sebagai
titik permulaan kuasa Islam berkembang dan tersebar ke seluruh dunia. Oleh itu,
rahsia di sebalik peristiwa hijrah hendaklah dihayati dan dijadikan pengajaran
dan contoh teladan yang baik untuk menjalani kehidupan, kerana pengajaran dan
iktibar dari peristiwa hijrah itu adalah antara peninggalan Rasulullah s.a.w.yang
amat berharga dan bernilai jika dimanfaatkan. Walaupun hijrah Rasulullah
s.a.w.tidak akan berlaku lagi di zaman ini tetapi mesej hijrah tetap berterusan
sehingga bila-bila masa.
Di dalam sepotong
hadiht, Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan tentang konsep hijrah yang perlu
kepada keikhlasan dan ketulusan hati sanubari.
Sabda Nabi s.a.w.:
حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي
إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ
وَإِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ (متفق عليه)
Maksudnya: “ Dari Abdullah bin Amru bin Ash ra, bahwa Nabi Muhammad SAW
bersabda: Muslim yang sebenar ialah muslim yang menjadikan saudaranya merasa
selamat dari lisan dan tangan (perbuatannya), sedangkan muhajir (orang
yang hijrah) adalah orang yang meninggalkan segala yang dilarang Allah Ta’ala”.
Hadith ini merupakan
hadith sahih yang diriwayatkan oleh hampir seluruh imam hadith, iaitu Imam
Bukhari, Imam Muslim, Imam Turmudzi, Imam Abu Daud, Imam Ahmad bin Hambal, dan
lain-lain. Dalam Imam-Imam kitab hadith yang enam (Kutubus Sittah), hanya Imam
Ibnu Majah yang tidak meriwayatkan hadith ini. Dan hampir semua Imam ahli
hadith sepakat akan kesahihan hadith ini. Secara umum hadith di atas
menggambarkan tentang dua perkara besar; pertama karakter orang beriman dan
kedua makna hijrah. Kedua perkara tersebut dirangkai dalam satu penjelasan
singkat dari Rasulullah SAW melalui hadith di atas. Penjelasan pertama adalah
bahwa karakter tentang orang yang beriman (muslim), iaitu sebagai orang yang
boleh menyelamatkan muslim yang lain dari apa bentuk kejahtan dan kemungkaran.
Ertinya orang lain tidak merasa ‘terganggu’ dengan kehadirannya, baik secara
lisan mahupun perbuatannya. Sikapnya terjaga, perilakunya terkawal, ucapannya
menyejukkan, ungkapannya menenteramkan dan statementnya memajukan umat.
Sementara perkara yang kedua, iaitu hakikat tentang hijrah itu sendiri, bahawa
hijrah yang hakiki sesungguhnya bermakna meninggalkan segala yang dilarang oleh
Allah dan RasulNya s.a.w. sama ada yang zahir ataupun yang batin batin. Namun
untuk merealisasikan tujuan hijrah tersebut, seseorang itu mesti
meninggalkan sebuah tempat yang dipijaknya menuju ke tempat yang lainnya
jika di tempat itu tidak dapat melaksanakan ketaatan kepada Allah Ta’ala.
Hijrah yang seperti ini dinamakan juga dengan ’hijrah makani’, iaitu hijrah
dari tempat yang jahat ke tempat yang baik. Sedangkan hijrah dalam erti yang
lebih luas sebagaimana digambarkan dalam hadith di atas, sering disebut juga
dengan hijrah ma’nawi. Dalam hijrah, komponen yang
terpenting adalah ‘niat’. Perkara ini dapat kita lihat dari kisah muhajir Ummu
Qais. Di mana terdapat seorang sahabiah yang bernama Ummu Qais, yang ingin
hijrah melaksanakan perintah Allah dan RasulNya dari Mekah ke Madinah. Namun
pada saat yang sama, terdapat seorang yang ‘menyintai’ Ummu Qais ini dan dengan
hijrah itu diharap cintanya akan terbalas. Akhirnya Rasulullah s.a.w.
bersabda dengan sebuah hadith yang cukup masyhur, iaitu hadith tentang
niat; ‘Bahawasanya segala amal perbuatan tergantung niatnya. Dan bahawasanya
bagi setiap orang akan mendapatkan apa yang diniatkannya. Sesiapa yang
berhijrah kerana mengharapkan keredhaan Allah dan RasulNya, maka hijrahnya
tersebut akan mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang
berhijrah kerana kepentingan dunia atau kerana wanita yang ingin
dinikahinya, maka hijrahnya tersebut akan mendapatkan apa yang telah
diniatkannya’. (Muttfaqun Alaih).
Ketika mengkaji
tentang keikhlasan, muncul di sana sebuah persepsi pentingnya menghindarkan
amalan dari riya. Kerana riya merupakan lawan kata dari ikhlas dan riya ini
pulalah yang dapat menghancurkan keikhlasan seorang hamba yang telah sekian
lama diusahakannya. Memahami riya merupakan perkara yang cukup urgen, guna
membantu dalam peningkatan keikhlasan. Berbeda dengan ikhlas, maka riya
bermaksud amalan yang dilakukan seseorang bertujuan mendapatkan keredhaan
manusia, sama ada berupa pujian, pujaan atau sesuatu yang diinginkannya
selain Allah Ta’ala. Dr. Sayid Muhammad Nuh, menggambarkan adanya tiga faktor
yang menyebabkan timbulnya riya: Pertama kerana ingin mendapatkan pujian dan
nama baik di masyarakat. Kedua kerana kekhawatiran mendapat celaan manusia dan
ketiga, menginginkan sesuatu yang dimiliki orang lain (tamak). Ketiga perkara
ini didasari dari hadith, yang diriwayatkan Imam Bukhari:
عَنْ أَبِيْ مُوْسَى رَضِيَ
اللهُ عَنْهُ، أَنَّ أَعْرَابِيًّا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهٌ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُوْلَ اللهِ، الرَّجُلُ يُقَاتِلُ حَمِيَّةً،
وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ، وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ،
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ
كَلِمَةَ اللهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ
Maksudnya: “Dari Abu Musa al-Asyari ra, mengatakan bahwa seorang Baduwi
bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, seseorang berperang kerana
kekesatriaaan, seseorang berperang supaya mahu dilihat oleh orang dan seseorang
berperang kerana ingin mendapatkan pujian? Rasulullah SAW menjawab “Barang
siapa yang berperang kerana ingin menegakkan kalimatullah, maka dia fi
sabilillah.” (HR. Bukhari).
Di dalam sepotong
hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh An Nasai, Rasulullah s.a.w.
telah bersabda:
مَنْ غَزَا لاَ يَبْغِيَ إِلاَّ
عِقَالاً فَلَهُ مَا نَوَى
Maksudnya: “Barang siapa yang berperang hanya kerena kekang hewan, maka ia
hanya akan mendapatkan apa yang diniatkannya.” (HR. Nasa’i)
Ungkapan dalam hadith
pertama, tentang seseorang yang berperang supaya posisinya dilihat orang dan
seseorang yang berperang supaya mendapatkan pujian, adalah sebagai indikasi
penyebab riya yang pertama, iaitu ingin mendapatkan pujian dan nama baik di
masyarakat. Kemudian ungkapan dalam hadith tentang seseorang yang berperang kerana
kekesatriaan, adalah indikasi dari penyebab yang kedua, iaitu kekhwatiran
mendapatkan celaan manusia. Adapun dalam hadith yang kedua, adalah indikasi
dari penyebab yang terakhir, iaitu menginginkan sesuatu yang dimiliki orang
lain. Meninggalkan ketiga perkara di atas adalah merupakan salah satu upaya
guna menghadirkan keikhlasan dalam beramal, sekaligus menghindari dir dari
sifat riya.
Sesungguhnya riya’
adalah syirik kecil; demikianlah ungkapan yang dikemukakan Rasulullah s.a.w
dalam salah satu hadithnya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dalam
musnadnya. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ
عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ، قَالُوْا وَمَا الشِّرْكُ اْلأَصْغَرُ يَا
رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ الرِّيَاءُ، يَقُوْلُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ اذْهَبُوْا إِلَى الَّذِيْ تُرَاءُوْنَ فِي الدُّنْيَا هَلْ
تَجِدُوْنَ عِنْدَهُمُ الْجَزَاءَ (رواه أحمد)
Maksudnya: “Sesungguhnya sesuatu yang
paling aku takutkan terjadi pada kalian adalah syirik kecil, para sahabat
bertanya, “Apa itu syirik kecil wahai Rasulullah ?”, Beliau menjawab, “Riya.!
Dan Allah akan berkata pada hari kiamat, terhadap mereka yang riya, pergilah
kalian kepada orang-orang yang dahulu di dunia kalian riya, apakah kalian
mendapatkan ganjaran dari mereka?” (HR. Ahmad).
Meskipun kecil, riya tetap sebahagian dari syirik yang harus disingkirkan jauh-jauh dari hati setiap muslim. Sesuatu yang kecil, bila dibiarkan tumbuh berkembang, maka lambat laun nanti akan menjadi besar. Alangkah meruginya, jika sesuatu yang negatif yang demikian besarnya, ternyata berada dalam hati orang para mukmin, sedangkan syirik merupakan dosa yang tidak akan mendapatkan ampunan dari Allah Ta’ala.
Sekian,
wassalam
Al
Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi
Mustafa El-Batnani