PENGUASAAN ISTIQOMAH DALAM KEHIDUPAN

Tuesday 25 October 2011

SIKAP HATI PARA MUKMIN



Perasaan hati sanubari orang-orang yang beriman kepada Allah terlalu tebal, mereka mempunyai keyakinan hidup yang tidak berbelah bagi terhadap keesaan Allah dan beramal mengikut manhaj yang telah diatur-susun oleh syari'at. Perasaan hati mereka sentiasa tenang dengan keimanan yang melekat erat pada dinding hati tersebut dan mereka sentiasa meletakkan hakikat perjalanan hidup mereka kepada Allah, pergantungan hidup mereka terus menerus kepada Allah.

Firman Allah Ta'ala:

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: " Orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka mengingati Allah, ingatlah dengan mengingati Allah boleh memberi ketenangan kepada hati “ (Ar Ra'd: 28).

Firman Allah Ta'ala:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Maksudnya: " Sesungguhnya orang-orang mukmin apabila disebut nama Allah gementar hati mereka dan apabila dibaca ke atas mereka ayat-ayat Allah bertambah pula keimanan dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal “ (Al Anfal:2).

Firman Allah Ta'ala:

رِجَالٌ لاَ تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَ بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالأبْصَارُ

Maksudnya: " Terdapat beberapa orang lelaki yang tidak lalai dengan perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, mereka takut pada hari yang digoncangkan hati dan penglihatan “ (An Nur:37).

        Sikap hati orang-orang yang beriman tidak sedikitpun melalaikan ingatan mereka terhadap Allah, bahkan ingatan mereka sentiasa berterusan dan bertambah dari masa ke semasa. Segala urusan hidup mereka dikembalikan kepada Allah dan perasaan hati mereka tidak sekali-kali lalai ketika mendirikan tanggungjawab kepadaNya. Mereka kembali menemui Tuhan dengan perasaan dengan hati yang tenang dan gembira.

Firman Allah Ta'ala:
مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ

Maksudnya: " Orang yang takut kepada Tuhan yang tidak kelihatan dan datang dengan hati yang bertaubat “ (Qaf: 33).


Sekian wassalam



Al Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani

No comments:

Post a Comment