PENGUASAAN ISTIQOMAH DALAM KEHIDUPAN

Tuesday 25 October 2011

SIKAP HATI ORANG MUNAFIQ


Orang-orang munafiq merupakan manusia yang mempunyai ideologi ciptaannya tersendiri yang dibentuk hasil daripada kemelut perasaan kepuraan yang tersimpan di dalam hati dan hakikatnya mereka adalah manusia kufur dan tidak beriman kepada Allah.

Firman Allah Ta'ala:

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Maksudnya: " Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan lagi penyakit dan bagi mereka azab yang pedih disebabkan mereka berdusta “ (Al Baqarah: 10).

     Hati orang-orang munafiq adalah hati yang berpenyakit, hati yang mengandungi sejenis virus yang kronik, kerana rohani mereka telah digoda oleh perasaan hawa nafsu dan dihembus oleh syaitan laknat ke dalam mereka menyebabkan mereka tidak dapat menilai hakikat kebaikan itu baik dan hakikat keburukan itu buruk, bahkan bagi mereka di antara kebaikan dan keburukan itu adalah sama sahaja. Hati mereka menjadi punah-ranah akibat dari tabiat buruk kehidupan mereka.

Hati mereka telah diracun oleh perasaan hawa nafsu….!

Firman Allah Ta'ala:

وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ

Maksudnya: " Adapun orang-orang yang berpenyakit di dalam hati mereka, maka akan bertambahlah kekotoran di samping kekotoran yang ada pada diri mereka “ (At Taubah: 125).

    Allah telah merungkaikan tali kesimpulanNya tentang kesudahan hidup orang-orang munafiq di atas dunia dengan mengemukakan firmanNya yang agak keras mengancam mereka yang bersifat demikian.

Firman Allah Ta'ala:

ُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُم قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الأمَانِيُّ حَتَّىٰ جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ

Maksudnya: " Mereka menyeru: Tidakkah kami dahulu bersama kamu? Lalu dijawab: Bahkan! Tetapi kamu membinasakan diri kamu sendiri dan menanti-nanti kehancuran kami dan ragu-ragu “ (terhadap janji Tuhan) serta kamu ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datang perintah Allah dan yang amat pandai menipu telah menipu kamu untuk melanggar perintah Allah “ (Al Hadid:14).

      Perasaan hati orang-orang munafiq menjadi punah-ranah disebabkan oleh angan-angan kosong mereka dan di hari akhirat nanti mereka akan dihumbankan ke ceruk neraka.





Sekian, wassalam



Al Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani

No comments:

Post a Comment