I’jaz al-Qur’an merupakan suatu kekuatan
dan kehebatan yang dimiliki al-Qur’an untuk melemahkan mereka yang melakukan
penentangan ke atasnya. Yang dimaksudkan dengan melemahkan mereka yang
melakukan penentangan ke atasnya ialah melemahkan dari sudut spiritual yang
mencabul hak dan kedaulatan al-Qur’an seperti mendatangkan sesuatu yang setanding
dengan ayat-ayatnya ataupun seumpamanya. Tujuannya ialah untuk menjelaskan
bahawa kitab al-Qur’an ini adalah kitab yang sebenar dan Muhamad s.a.w. adalah
sebagai pemegang amanah ketuhanan adalah Rasul yang benar. Al-Qur’an dapat
digambarkan sebagai sebuah kitab yang mempunyai i’jaznya yang tersendiri dan secara
umumnya, al-Qur’an telah mencabar sesiapa sahaja dalam kalangan manusia dan jin
agar mereka dapat berkumpul membuat sebuah kitab yang sama dengan al-Qur’an, tetapi
sehingga ke hari ini tiada sesiapa yang
mampu menyahut cabaran itu.
Firman Allah Ta’ala:
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الانْسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا[1]
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya
jika sekalian manusia dan jin berkumpul dengan tujuan untuk mendatangkan
sesuatu yang setanding dengan al-Qur’an, nescaya mereka tidak akan dapat
melakukannya, sekalipun mereka semua saling bantu-membantu sesama sendiri”.
Maka
sehingga kini segala dakwaan, tuduhan dan pelbagai rupa bentuk tohmahan ke atas
kebenaran al-Qur’an tidak dapat
dibuktikan oleh golongan penentang. Al-Qur’an tetap unggul dengan ayat-ayatnya
dan surah-surahnya sepertimana yang diterima oleh Nabi s.a.w. dari Allah
Ta’ala.
Allah Ta’ala:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ
لَحَافِظُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur'an dansesungguhnya Kami
benar-benar memeliharanya[2]".
Sekian, wassalam
Al
Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi
Mustafa El-Batnani
No comments:
Post a Comment