Mustafa Kemal Ataturk
adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita
banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam
sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh
inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat
mereka berlindung, Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat
dalam pada diri umat Islam. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid
telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh
hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh laknatullah
Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan
kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk
keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila
kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini…
Moga Allah melaknat beliau..
Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi
(orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk
ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun
1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar
salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah.
Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam.
Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya.
Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa.
Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan
pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang
matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal. Ketika Mustafa Kamal
mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian
beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H
(1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan
menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya,
belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya
bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja
kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala
macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah
pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi,
negarawan dan presiden Turki yang pertama. Beliau adalah komander tentera
yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran
Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya
merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman /
Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal
telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Beliau
telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali
sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat
Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi
Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden,
demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau
adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik.
Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan
empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun
1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya. Sewaktu
Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat
undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
· Membolehkan
perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
· Membolehkan lelaki
memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan
kehendak barat).
· Menyuruh wanita dan
lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang
wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
· Beliau pernah
menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung
kepada pakaian moden.”
· Menggalakkan minum
arak secara terbuka.
· Mengarahkan
Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
· Menukar azan ke
dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur
Arab dan Parsi.
· Mengambil arkitek-
arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
· Hakikatnya mereka
diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
· Satu ucapan beliau
di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa
agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk
kemajuan.
·
Agama Islam juga di
buang sebagai Agama Rasmi negara.
·
Menyerang Islam
secara terbuka dan terang-terangan.
·
enggubal
undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
·
Menukar Masjid
Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
·
Menutup masjid
serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
· Menghapuskan
Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin
· Membatalkan
undang-undang waris, faraid secara islam.
· Menghapus
penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
· Mengganggap dirinya
tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya
ditanya: “Siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?”
Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab: “Kamal Atartuk adalah tuhan…” Beliau
tersenyum dan bangga dengan jawaban yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL
ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah
telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa
dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di
dunia. Antaranya ialah :
· Didatangkan
penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
· Sakit jantung.
· Penyakit darah
tinggi.
Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga
terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam
selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa
panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang
ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh
kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah
menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan
beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak
jugak hilang, pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan
terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9
November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal
dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan
menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan
selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta
ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup
dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah
perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat
nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa,
mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama
EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda
timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya
44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama
sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki,
seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Maha suci Allah. Itulah azab yang
diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum
lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang
selayaknya diterima oleh Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!
Dinukil dari:
http://www.blogammar.com/
No comments:
Post a Comment