Sesungguhnya segala
pekerti dan akhlak yang terdapat pada diri Rasulullah s.a.w. telah mendapat
pujian dan sanjungan dari Allah, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam ayat
Al Quran di atas tadi. Segala peradaban hidup yang ditonjolkan dan segala
tingkah laku baginda tetap merupakan syiar atau lambang keagungan Islam sejagat
dan ianya juga boleh dianggap sebagai dasar dalam sistem ajaran Islam, di
samping ianya menjadi contoh yang amat berguna kepada generasi yang akan datang
supaya mereka terus hidup dalam keadaan kesempurnaan.
Firman Allah Ta’ala:
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
Maksudnya: “ Dan
sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) mempunyai keperibadian akhlak yang amat
agung (Al Qalam: 4).
Di
dalam sepotong yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
ِإنَّمَا
بُعِثْتُ ِلأُتَمِّمَ مَكَارِمَ اْلأَخْلاَقِ
Maksudnya: “
Sesungguhnya Aku dibangkitkan oleh Allah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak “
(Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi).
Di
dalam sepotong hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ
لاَ يَدْخُلُ اْلجَنَّةَ إِلاَّ حُسْنُ اْلأَخْلاَقِ
Maksudnya: “ Demi
Tuhan diri ku berada dalam kekuasaanNya! Seseorang itu tidak akan masuk syurga
melainkan mempunyai akhlak yang baik “ (Riwayat Tirmizi ).
Sesungguhnya
pembinaan akhlak dan penyucian diri amat perlu sekali ketika mengendalikan
urusan hidup seharian dan amat penting ketika mengadakan hubungan sesama
manusia. Salah satu sebab mengapa ajaran Islam dapat diterima oleh masyarakat
arab jahiliyah ketika itu ialah kerana kemuliaan akhlak dan peribadi yang
ditonjolkan oleh baginda s.a.w.
Di
sana tidak ada satu sebab atau alasan ataupun fakta yang bertujuan untuk
menjatuhkan keaiban baginda s.a.w. terhadap peribadinya…!
Sekian, wassalam
Al faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani
No comments:
Post a Comment