Sesungguhnya Al
Quran telah membina tamadun moden untuk umat manusia dengan menyalurkan beberapa
maklumat yang abstrak dan kisah-kisah silam yang dipaparkan di dalamnya telah
mencetuskan ilham semulajadi untuk membentuk sesuatu yang difikirkan agak
mustahil supaya menjadi logik dan realiti, dan tidak mustahil lagi. Hasil beberapa
kajian yang dilakukan terhadap ayat-ayat Al Quran oleh para pengkaji, di sana telah
mencetuskan ilham kepada mereka untuk menterjermahkan nilai-nilai kreativiti
mereka dalam bentuk teknologi untuk disesuaikan mengikut peredaran zaman:
PERTAMA: Peristiwa banjir besar yang berlaku
pada zaman Nabi Nuh a.s. telah mencetuskan ilham kepada para pengkaji. Nabi Nuh
a.s. telah diarahkan oleh Allah untuk membuat sebuah kapal bagi memuatkan umat
manusia dan binatang ketika itu daripada dibiarkan mati lemas.
Firman Allah
Ta’ala:
وَاصْنَعِ
الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا وَلاَ تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا إِنَّهُمْ
مُغْرَقُونَ وَيَصْنَعُ
الْفُلْكَ وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ مَلأُ مِنْ قَوْمِهِ سَخِرُوا مِنْهُ قَالَ
إِنْ تَسْخَرُوا مِنَّا فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنْكُمْ كَمَا تَسْخَرُونَ
Maksudnya: “Dan binalah bahtera
dengan pengawasan dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya), janganlah
engkau merayu kepada Ku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya
mereka akan ditenggelamkan, dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan setiap
kali di kalangan kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka
mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu mengejek kami (kerana
membuat bahtera), maka kami juga mengejek kamu (kerana keengkaran kamu),
sebagai balasan ejekan kamu” (Hud: 37-38).
Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. merupakan
orang yang pertama di dunia ini membina kapal pengangkutan di bawah pengawasan
Allah. Kisah Nabi Nuh a.s. ini telah memberi ilham kepada perusahaan pembinaan
kapal di seluruh dunia bagaimana sesebuah kapal itu boleh terapung-apung di
permukaan air tanpa dimasuki air dan tidak tenggelam, bagaimana ianya boleh
menampung bebanan dan muatan yang berat tanpa menjejaskan keutuhan kapal
tersebut, bagaimana pula cara mengemudikannya sehingga boleh belayar mengikut
haluan yang dituju, bagaimana struktur pembinaan sesebuah kapal itu berada
dalam keadaan seimbang sehingga boleh meluncur ke hadapan dan tidak
terumbang-ambing, bagaimana pula dengan jenis-jenis kayu atau bahan-bahan yang
digunakan dalam pembinaannya itu boleh bertahan bertahun-tahun lamanya, bagaimana
kerangka pembinaannya dapat menahan dari dilambung ombak dan badai, dari ribut
dan taufan serta tidak menjejaskan strukturnya dan banyak lagi perkara-perkara lain..?
Hasil pendedahan Al Quran ini tentang
pembuatan bahtera Nabi Nuh a.s. kita dapat saksikan, bahawa kapal sekarang
telah menjadi kenderaan pengangkutan yang sangat penting untuk membawa
barang-barang yang banyak.
KEDUA: Kisah
penerimaan wahyu dari Allah kepada para anbiya termasuk Nabi Muhammad s.a.w.
telah memberi ilham kepada manusia bahawa dalam ruangan udara ini rupa-rupanya
terdapat ‘frequency’ yang merupakan gelombang yang boleh membawa isyarat kepada
manusia.
Firman Allah
Ta’ala:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ
يُوحَىٰ عَلَّمَهُ شَدِيدُ
الْقُوَىٰ
Maksudnya: “Dan dia
(Muhammad) tidak sekali-kali bercakap menurut kemahuannya sendiri, segala
yang diperkatakannya itu adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya, wahyu itu
(disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang amat kuat gagah”
(Najm: 3-5).
Wahyu yang datang
kepada Nabi s.a.w. kadang-kadang seperti dengungan loceng dan cara inilah yang
amat berat dirasakan oleh baginda s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya
berpancaran keringat, walaupun turunnya wahyu itu di musim dingin, kadang-kadang
unta baginda s.a.w. terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat apabila
wahyu itu turun ketika baginda s.a.w. sedang berada di atas unta. Pernah
diriwayatkan, bahawa Zaid bin Sabit adalah seorang penulis wahyu yang
diturunkan, apabila dia melihat Rasulullah s.a.w. ketika turunnya wahyu itu
seakan-akan diserang oleh demam yang keras dan keringatnya bercucuran seperti
permata. Kemudian, setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali
seperti biasa.
Sepotong hadith yang
diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Harith bin Hisyam r.a. bertanya kepada
Nabi s.a.w. tentang bagaimana cara penurunan wahyu, baginda s.a.w. menjawab:
أَحْيَانًا يَأْتِينِى مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَىَّ فَيُفْصَمُ عَنِّى وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ
لِىَ الْمَلَكُ رَجُلاً فَيُكَلِّمُنِى فَأَعِى مَا يَقُولُ قَالَتْ عَائِشَةُ رضى الله عنها وَلَقَدْ
رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْىُ فِى الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ وَإِنَّ جَبِينَهُ
لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا
Maksudnya: "Kadang-kadang
wahyu itu datang kepada ku seperti bunyi lonceng dan itulah yang sangat berat
bagi ku, setelah bunyi itu berhenti, aku baru mengerti apa yang disampaikannya,
kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang lelaki menyampaikan wahyu kepada
ku dan aku mengerti apa yang disampaikannya, Aisyah berkata: Aku pernah melihat
baginda ketika turunnya wahyu pada suatu hari yang amat dingin, setelah wahyu
itu berhenti turun, kelihatan
dahi Nabi bersimpah peluh"(Riwayat
Bukhari).
Apa yang hendak diperkatakan di sini
ialah tentang ‘frequency’
yang diterima oleh baginda s.a.w. dari Jibril melalui salah satu cara penurunan
wahyu, iaitu melalui dengungan loceng yang merupakan gelombang membawa isyarat
yang boleh difahami oleh baginda s.a.w. Melalui cara penurunan wahyu seperti
ini, baginda s.a.w. tidak berhadapan dengan Jibril secara bersemuka, akan tetapi
wahyu yang diterima itu disampaikan melalui gelombong-gelombang
udara dan baginda s.a.w. faham bahawa ini adalah wahyu walaupun tidak berupa
perkataan dan percakapan. Maka, di sinilah pakar-pakar sains mendapat ilham
bahawa dalam ruangan udara ini terdapat ‘frequency’
yang boleh menghantar mesej melalui gelombang-gelombang elektrik di udara sehingga
tercipta wayarles dan ciptaan terkini ialah handphone.
KETIGA: Dalam bidang perubatan, peristiwa mengenai
pembedahan jasad Rasulullah s.a.w. telah memberi ilham kepada pakar-pakar
perubatan bahawa tubuh badan manusia boleh dibedah tanpa mengalami kesakitan.
Di antara mereka ialah bapa kedoktoran dunia, iaitu Abu Ali Al
Hussiean Ibn Sina telah mendapat ilham tentang teknik pembedahan tubuh manusia dari
mengkaji peristiwa ini. Kajian moden hari ini telah bersetuju menyatakan
bahawa untuk merawat penyakit hati dan
darah ialah dengan mengantikan darah baru yang bebas dari sebarang kotoran.
Pembedahan tersebut bertujuan untuk merawat penyakit dan membuang segala
kekotoran yang terdapat dalam hati yang menjadi punca perasaan manusia.
Peristiwa pembedahan pertama jasad Rasulullah
s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a. bahawa baginda s.a.w.
telah didatangi oleh Jibril ketika baginda s.a.w. sedang bermain-main dengan
sekumpulan kanak-kanak. Jibril telah merebahkan baginda s.a.w. dan membelah
hati dan mengeluarkan ketulan darah yang menjadi sasaran syaitan, selepas itu
dibasuh dalam bekas yang diperbuat dari emas dengan menggunakan air zamzam. Pembedahan
tersebut merupakan tdia perisytiharan mengenai kerasulan baginda s.a.w. dan
ianya juga merupakan persiapan untuk baginda s.a.w. menerima wahyu.
Pembedahan kedua berlaku sebelum peristiwa Israk dan Mikraj, di mana dada baginda s.a.w. dibelah, hatinya dikeluarkan dan dibersihkan dengan air zamzam. Manakala perut baginda s.a.w. diisi dengan hikmah dan cahaya. Pembedahan kedua ini merupakan ‘perlambangan’ di sebalik tirai pembedahan yang menunjukkan bahawa untuk berhadapan dengan Allah, seseorang hamba itu mesti berada dalam keadaan bersih.
Hasil
pendedahan Al Quran melalui peristiwa pembedahan dada Nabi s.a.w. telah
mendapat ilham dalam kalangan pakar-pakar perubatan
untuk mencipta beralatan pembedahan dan ubat bius agar pesakit yang mendapat
rawatan tidak mengalami kesakitan yang amat sangat.
KEEMPAT: Peristiwa Israk dan Mikraj yang
didedahkan oleh Al Quran telah memberi ilham kepada ahli sains untuk mengkaji
tentang bagaimana manusia boleh terbang ke udara seperti burung dan bagaimana
pula manusia dapat naik ke angkasa lepas..?
Firman Allah Ta’ala:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلا
مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الاقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا
حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maksudnya: “Maha Suci Allah yang
telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam, dari Masjid Al Haram
(di Mekah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin), yang Kami berkatkan sekelilingnya,
untuk memperlihatkan kepadanya tdia-tdia (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Isra: 1).
Ahli-ahli sains telah mengkaji tentang
peristiwa Israj dan Mikraj bahawa baginda s.a.w. telah menaiki seekor binatang
yang bernama Buraq yang mempunyai dua sayap untuk ke Masjidil Aqsa dan kemudian
dan kemudian naik ke langit. Hasil kajian ini pakar-pakar sains telah mendapat
ilham bahawa manusia boleh terbang tinggi di udara dan boleh pergi lebih jauh
lagi. Dengan ilham ini, mereka berjaya mencipta kapalterbang dan selepas itu
pula berjaya membina roket untuk ke angkasa lepas.
KELIMA: Kisah di sebalik peristiwa penaklukan
Zulqarnain yang telah dipaparkan oleh Al Quran telah mencetuskan suatu nilai
ilmu yang sangat berguna untuk program pembuatan yang berasaskan besi, tembaga
dan lain-lain. Walaupun apa yang disampaikan oleh Al Quran dalam kisah tersebut
mengenai rangka program ini secara sepintas lalu, kerana maksud dan tujuan sebenar
yang hendak disampaikan oleh Al Quran ini ialah mengenai perjuangan beliau
menyelamatkan manusia dari kaum kuffar dan membawa mereka ke pangkuan Allah,
tetapi apa yang disentuh oleh Al Quran secara sepintas lalu itu sudah cukup
untuk memberitahu tentang suatu ilmu yang tersirat di sebalik kisah tersebut.
Al Quran menceritakan tentang bagaimana Zulqarnain merangkakan program
tersebut:
آتُونِي
زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّىٰ إِذَا سَاوَىٰ
بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّىٰ إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ
آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا
Maksudnya: “Bawalah kepada ku ketul-ketul besi
sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua
gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah
dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti
api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya” (Al Kahfi:
96).
Apa
yang didedahkan oleh Al Quran ini telah memberi suatu idea yang sangat penting
tentang ilmu kimpalan atau ilmu ‘welding’ yang memateri di antara ketulan besi
dengan cecair timah sehingga kedua-dua unsur tadi menjadi sebati dan kukuh. Pendedahan
Al Quran ini mengenai perkara di atas telah melakarkan sejarah untuk
membangunkan modal insan di seluruh dunia ke arah suatu perusahaan yang
berasaskan logam tentang bagaimana cara-cara untuk menyambung bahan-bahan yang
berasaskan logam.
KEENAM: Al Quran telah menceritakan kisah empangan Ma’arib
yang terkenal dalam lipatan sejarah dunia di mana empangan yang dibina di
antara dua buah gunung itu mampu membekalkan air selama tiga bulan kepada
penduduk pada musim kemarau. Air yang disalirkan itu adalah untuk diguna-pakai
oleh penduduk dan untuk kegunaan Negeri Saba’. Pembinaan empangan tersebut telah
membawa Negeri Saba' ke mercu kejayaan yang terkenal dengan keamanan dan
pengeluaran produktivitinya semakin hari semakin meningkat. Kisah kerajaan
Saba' yang aman makmur ini telah diceritakan oleh Al Quran dalam Surah Saba:
Firman
Allah Ta’ala:
لَقَدْ
كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا
مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
Maksudnya: “Demi sesungguhnya,
adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tdia (yang membuktikan kemurahan Allah)
yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas
lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung
mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan
kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik
(aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun” ( Saba’:
16).
Kisah
empangan Ma’arib yang diceritakan dalam Al Quran telah memberi ilham kepada
manusia bagaimana untuk membina empangan yang dapat menampung keperluan sumber
air yang sangat berguna kepada manusia, di samping itu ianya dapat membangunkan
janakuasa untuk mengalirkan bekalan elektrik.
KETUJUH: Di dalam Al Quran, tidak dijelaskan
secara langsung bahawa bumi itu berbentuk bulat dan perkara ini seolah-olah
memberi gambaran yang tidak sihat kepada para pengkritik, terutama di kalangan
orientalis barat tentang apa yang di nyatakan dalam Al Quran bahawa bumi itu
terhampar atau mendatar adalah tidak benar dan tidak tepat. Kebanyakan
ayat-ayat Al Quran menggambarkan bumi berada dalam keadaan terbentang luas dan
tidak dinyatakan secara jelas bahawa bumi ini sebenarnya berbentuk bulat. Namun
perkara ini telah memberi ilham kepada ahli geografi Islam untuk mengkaji bentuk sebenar
bumi yang mempunyai hubung-kait dengan peredaran siang dan malam. Di dalam Al
Quran, di sana terdapat banyak ayat-ayat yang menyatakan kejadian bumi secara
terhampar atau terbentang luas:
Firman Allah Ta’ala:
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشاً
وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ
الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ
Maksudnya: “Dialah yang menjadikan bagi kamu bumi dalam keadaan terhampar dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu” (Al Baqarah: 22).
Al
Quran menggambarkan bumi itu sebagai (فِرَاشاً) iaitu terbentang atau
terhampar. Dari sudut Bahasa Arab i’rabnya, perkataan bumi (الأَرْضَ) adalah ‘maf’ul’ dan manakala
perkataan (فِرَاشاً) pula ialah ‘hal’ yang bererti: Allah yang
menjadikan bumi itu hal keadaan terhampar atau terbentang. Selepas
dinyatakan tentang keadaan bumi, maka dijelaskan pula tentang langit yang
menurunkan hujan yang bertujuan menyuburkan tanah-tanah di atas perut bumi
untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang akan mengeluarkan buah-buahan kepada
manusia sebagai sumber makanan.
Sediainya
Al Quran menyatakan keadaan bentuk bumi ini berada dalam keadaan bulat, maka amat
tidak sesuai bagi langit untuk menurunkan hujan dalam keadaan bentuk muka bumi
yang bulat. Jadi, gambaran yang hendak dijelaskan oleh Al Quran mengenai
hubung-kait permukaan bumi yang bulat dengan penurunan hujan adalah tidak
sesuai dan tidak tepat. Sebab itu, Al Quran menggambarkan bumi ini sebagai
terbentang atau terhampar bertujuan untuk menurunkan hujan di atasnya bagi
menyuburkan tanah-tanah di atas bumi. Maka, tanah-tanah yang rata itulah akan
menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang akan mengeluarkan buah-buahan sebagai sumber
makanan kepada manusia.
Firman
Allah Ta’ala:
وَالأرْضَ فَرَشْنَاهَا فَنِعْمَ الْمَاهِدُونَ وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ
تَذَكَّرُونَ
Maksudnya:
“Dan bumi itu Kami hamparkannya,
maka sebaik-baik yang menghamparkan (adalah Kami) dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan
berpasangan supaya kamu mengingati (terhadap nikmat Allah)” (Az Zariyat: 47-49).
Di
dalam ayat di atas, Al Quran menggambarkan bumi itu sebagai (فرش) iaitu terbentang atau
terhampar. Dari sudut Bahasa Arab, i’rab
perkataan (الأَرْضَ) ialah maf’ul dan manakala i’rab perkataan (فَرَشْنَا) pula ialah fi’el madi dan manakala dhamir muttasil (نا) itu bererti Kami, iaitu Allah. Selepas dinyatakan
tentang keadaan yang luas terbentang bumi, maka dijelaskan pula tentang
kehidupan berpasangan makhluk di atas bumi, termasuk manusia yang berpasangan
sebagai suami isteri yang melambangkan kemuncak kebahagiaan dalam hidup.
Sediainya
Al Quran menyatakan bumi ini berbentuk bulat, maka amat tidak sesuai bagi
pasangan suami isteri hidup bahagia dalam keadaan bentuk bumi yang bulat atau tidak
rata. Oleh itu, pembayangan Al Quran mengenai bentuk muka bumi yang bulat yang
hendak dihubung-kaitkan dengan kehidupan berpasangan adalah tidak tepat dan
tidak sesuai. Maka, gambaran Al Quran mengenai keadaan bentuk muka bumi yang
luas terbentang itu sebagai lambang kehidupan yang bahagia.
Firman Allah Ta’ala:
وَالأرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا
فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنبَتْنَا
فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ
Maksudnya: “Dan bumi ini Kami bentangkannya dan Kami letakkan padanya gunung-ganang
yang kukuh serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur
”
(Qaaf: 7).
Firman Allah Ta’ala:
وَالأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ شَيْءٍ مَّوْزُونٍ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ وَمَنْ لَسْتُمْ لَهُ بِرَازِقِينَ
Maksudnya: “Dan bumi ini Kami bentangkannya dan Kami
letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh serta Kami tumbuhkan padanya
tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. Dan Kami jadikan untuk kamu pada
bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu
bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya” (Al-Hijr: 19-20).
Mengenai dua ayat di atas, perkataan bumi (الأَرْضَ)
dii’rab sebagai ‘maf’ul’ dan manakala perkataan ‘madad’(مَدَدْ) adalah ‘fi’el madhi’,
dhamir muttasil (نا) pada kalimah ‘madad’ ialah fa’el,
iaitu Allah, bererti: Kami (iaitu Allah) panjangkan atau bentangkan bumi ini.
Selepas dinyatakan tentang keadaan bumi, maka dijelaskan pula tentang kejadian
perihal gunung-ganang yang menjadi pasak kepada bumi dan pelbagai tanaman yang
tumbuh subur dapat memberi manfaat kepada manusia dan sekalian makhluk.
Alangkah tidak sesuai diaikata Al Quran membayangkan bumi ini berbentuk
bulat, kemudian di sebut pula gunung-ganang dan tanaman yang hidup subur untuk
kegunaan manusia, kerana lazimnya tumbuh-tumbuh yang boleh memberi manfaat
kepada manusia berada di atas permukaan bumi yang rata dan pamah. Kesesuaian
kehendak ayat pertama (keadaan bentuk mukabumi yang mendatar) dengan penjelasan
berikutnya (gunung-ganang dan tanaman yang hidup subur) adalah tidak ada
keserasian dan tidak boleh diterima sekiranya Al Quran menyebut bumi itu
berbentuk bulat.
Firman Allah Ta’ala:
اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ قَرَارًا وَالسَّمَاءَ
بِنَاءً وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ ذَٰلِكُمُ
اللَّهُ رَبُّكُمْ فَتَبَارَكَ اللَّهُ
رَبُّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu dan
langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya dan Dia membentuk kamu lalu
memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari rezeki yang baik-baik,
demikiankanlah Allah Tuhan kamu, maka Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam” (Al Mu`min: 64).
Dalam ayat ini, perkataan bumi (الأَرْضَ) dii’rab sebagai
‘maf’ul’ dan manakala perkataan ‘qarar’ pula dii’rab sebagai ‘hal’, bererti:
Allah yang menjadikan bagi kamu bumi hal keadaan tetap, iaitu bentuk permukaan
bumi itu berada dalam keadaan tetap, stabil dan tidak goyang. Kemudian, dihiasi
langit sebagai bumbung
yang kukuh binaannya untuk manusia berteduh di bawahnya. Selepas
itu, Al Quran menggambarkan pula tentang kecantikan rupa bentuk manusia yang
diciptakan oleh Allah dan Dialah yang memberi rezeki yang baik-baik kepada
mereka.
Sekiranya
Al Quran menggambarkan situasi bumi ini berada dalam keadaan bulat, maka
hubung-kait dengan kejadian langit yang menjadi bumbung kepada manusia adalah
tidak masuk akal, kerana lazimnya bumbung yang dicipta berada di atas tempat
lapang dan mendatar, apatah lagi dengan rupa bentuk manusia yang baik dan elok
mestilah mereka hidup di suatu tempat yang permai, seperti di kawasan yang
pamah dan mendatar.
Firman Allah Ta’ala:
أَلَمْ نَجْعَلِ الأرْضَ مِهَادًا وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا
وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا وَجَعَلْنَا
اللَّيْلَ لِبَاسًا وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ
سَبْعًا شِدَادًا وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا وَأَنْزَلْنَا مِنَ
الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا لِنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا وَجَنَّاتٍ
أَلْفَافًا
Maksudnya: “Tidakkah Kami telah jadikan bumi berada dalam keadaan
terhampar? Gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? Kami telah jadikan kamu
berpasang-pasangan?Kami telah jadikan tidur kamu untuk berehat? Kami telah jadikan
malam sebagai pakaian? Kami telah jadikan siang untuk kamu mencari rezeki? Kami
telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh? Kami telah
mengadakan matahari sebagai lampu yang terang-benderang cahayanya? Kami telah
menurunkan dari awan, hujan yang mencurah-curah, untuk Kami mengeluarkan dengan
air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan serta kebun-kebun yang subur
bertaut-taut pokoknya’’(An Naba`: 6-16).
Firman
Allah Ta’ala:
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ مَهْدًا وَسَلَكَ لَكُمْ فِيهَا سُبُلاً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِنْ نَبَاتٍ شَتَّىٰ
Maksudnya:
“(Dialah Allah)
yang telah menjadikan bagi kamu bumi berada dalam keadaan terhampar dan Dia
telah mengadakan bagi kamu jalan-jalan untuk kamu lalu-lalang, Dia juga telah
menurunkan hujan dari langit, maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis
tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya” (Thaha: 53).
Dua
ayat di atas membayang pengertian yang sama, perkataan bumi (الأَرْضَ) dii’rab sebagai ‘maf’ul’ dan manakala perkataan
‘mahdan’ (مَهْدًا) pula dii’rab sebagai ‘hal’, bererti: Kami jadikan
bumi hal keadaan terhampar, iaitu sifat bumi yang digambarkan itu berada dalam
keadaan terhampar. Pada ayat pertama, selepas dinyatakan tentang keadaan bumi,
maka dijelaskan pula keadaan gunung-ganang
yang dijadikan sebagai pasak untuk menguatkan struktur bumi, dijadikan pula
manusia itu mempunyai pasangan hidup yang melambangkan kehidupan yang indah dan
cukup sempurna, kemudian digambarkan tentang tidur dan malam itu sebagi waktu
rehat, siang pula waktu bekerja untuk mencari rezeki. Selepas itu pula, Al
Quran menceritakan tentang kejadian tujuh petala langit yang kuat kukuh, di
mana padanya terdapat matahari yang menjadi lampu untuk memberi cahaya kepada
manusia dan di langit terdapat awan yang menurunkan hujan yang mencurah-curah
untuk memberi kesegaran kepada tumbuh-tumbuhan untuk terus hidup.
Diaikata
Al Quran membayangkan bumi ini berbentuk bulat dan tidak terhampar, maka adalah
tidak sesuai untuk meletakkan gunung-ganang
di atas permukaan yang bulat untuk dijadikan sebagai pasak dan sudah tentu
keadaan ini tidak akan menguatkan struktur bumi. Begitu juga dengan kehidupan
manusia yang berpasangan yang melambangkan kehidupan yang indah, maka sudah
tentu kehidupan itu tidak akan bahagia di tempat yang curang, tidak rata atau
di tempat yang tidak mendatar. Gambaran malam untuk berehat dan siang pula
waktu untuk mencari rezeki adalah tidak sesuai untuk dihubung-kaitkan dengan
permukaan bumi sekiranya berbentuk bulat, kerana keadaan tersebut menyukarkan
untuk berehat dan untuk bekerja. Manakala kejadian tujuh petala langit yang padanya
terdapat matahari yang memberi cahaya kepada manusia dan di langit terdapat
awan menurunkan hujan yang mencurah-curah memberi kesegaran kepada
tumbuh-tumbuhan untuk terus hidup, maka gambaran itu merupakan suatu fenomena
yang sangat menarik dan efisien jika disaksikan di suatu tempat yang pamah atau
rata. Jika Al Quran menggambarkan fenomena ini dengan keadaan bentuk muka bumi
yang bulat, maka gambaran ini amat tidak sesuai.
Ayat
kedua pula menceritakan tentang kehidupan dan gerak-laku manusia yang
berjalan-jalan di atas perut bumi yang terhampar dan kemudian diceritakan pula
mengenai hujan yang turun dari langit untuk menumbuhkan tumbuhan dan
buah-buahan.
Selepas
Al Quran menyatakan perkataaan ‘mahdan’ (مَهْدًا) yang
bererti: terhampar, maka dinyatakan pula perkataan (وَسَلَكَ
لَكُمْ فِيهَا سُبُلاً) yang bererti: Allah telah
mengadakan bagi kamu jalan-jalan untuk kamu berjalan. Dalam erti kata yang
lain, perjalanan itu ada yang mengambil masa sekejap dan kemudian berpatah
balik, ada pula yang mengambil masa yang agak lama dan panjang sehingga
mengelilingi dunia, dan kemudian barulah kembali ke tempat asal. Maka, di
sinilah yang hendak dijelaskan bahawa konsep bumi ini berada dalam keadaan bulat
telah wujud dalam bentuk tersirap dan dari sudut istilah.
Daripada ayat-ayat yang
dibentangkan di atas tadi, Al Quran tidak menyatakan bahawa bumi ini dicipta
terhampar atau mendatar, tetapi Al Quran menceritakan hal keadaan bentuk muka bumi
ini berada dalam keadaan terhampar pada
sesuatu tempat, kerana terhampar atau mendatar itu merupakan sifat kepada bumi.
Walaupun Al Quran menggambarkan bumi itu berada dalam keadaan terbentang,
tetapi konsep bumi itu berbentuk bulat telahpun wujud sebagaimana yang
dijelaskan tadi.
Konsep bumi ini bulat
telah dijelaskan dalam Al Quran apabila berlaku peredaran siang dan malam yang sentiasa
silih berganti, yang sentiasa berkejar-kejaran di antara satu sama lain yang melingkari
bumi, maka benarlah firman Allah Ta’ala:
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ
عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأجَلٍ مُسَمًّى أَلاَ هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ
Maksud: “Dia
menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar, Dia
pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan siang melingkari malam,
Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu
dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan, ingatlah! Dialah
Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni” (Az Zumar: 5).
Perjalanan siang
dan malam yang silih berganti yang sentiasa mengelilingi bumi menunjukkan
kepada kita bahawa bumi ini berbentuk bulat, kerana ianya menunjukkan lingkaran
yang saling berkejar-kejaran mengelilingi. Maka di sini, alangkah mustahil untuk
siang dan malam mengelilingi bumi yang bentuk segiempat atau seumpamanya.
Benarlah kepada kita bahawa bumi ini sebenarnya berada dalam keadaan bulat.
Maka, melalui ayat-ayat yang dinyatakan dan hujah-hujah yang diberikan
menunjukkan kepada kita bahawa bumi ini adalah berbentuk bulat, sekaligus
membatalkan dakwaan bahawa gambaran yang diberikan oleh Al Quran bumi ini
terhampar adalah tidak tepat.
KELAPAN: Kisah Nabi Yusuf a.s. telah memberi ilham kepada
pakar-pakar ekonomi bahawa di dalam sesebuah negara perlunya ada suatu sistem
ekonomi yang menyediakan stok atau simpanan barangan, sama ada berupa barangan
makanan asasi, keperluan bahan mentah atau lain-lain dalam tempoh tertentu bagi
mengatasi kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, seperti kemarau, banjir
dan lain-lain bencana alam. Kisah Nabi Yusuf a.s. yang menjadi pakar ekonomi
Negara Mesir telah mencetuskan ilham kepada pakar-pakar ekonomi untuk menyusun
sistem ekonomi yang terurus dalam sesebuah negara.
Nabi Yusuf a.s. telah berjaya menyakinkan Raja Mesir untuk
menjadi penasihat ekonomi negara setelah menafsir mimpi Raja Mesir, iaitu tujuh
ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh
tangkai biji-bijian yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering.
Firman Allah Ta’ala:
يُوسُفُ
أَيُّهَا الصِّدِّيقُ أَفْتِنَا فِي سَبْعِ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ
سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعِ سُنْبُلاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ لَعَلِّي أَرْجِعُ
إِلَى النَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَعْلَمُونَ قَالَ
تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدْتُمْ فَذَرُوهُ فِي سُنْبُلِهِ
إِلاَّ قَلِيلاً مِمَّا تَأْكُلُونَ ثُمَّ يَأْتِي
مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلاَّ
قَلِيلاً مِمَّا تُحْصِنُونَ ثُمَّ يَأْتِي
مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ
Maksudnya: "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah
kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan
oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau
serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada
orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya.
Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun
berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada
tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk
makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar,
yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari
apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah
itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka
dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)" (Yusuf:46-49).
Penafsiran
mimpi oleh Nabi Yusuf
a.s. telah diterjemahkan dalam bentuk ‘mengatasi krisis ekonomi’ yang akan
berlaku, bahawa Negara Mesir akan mengalami tujuh tahun masa subur dan sesudah
itu berlaku pula musim kemarau yang panjang dalam tempoh tujuh tahun
berikutnya. Nabi Yusuf a.s. kemudiannya telah mengemukakan satu resolusi bahawa
hasil pendapatan selama tujuh tahun pada masa subur hendaklah disimpan sebagai
persediaan untuk menghadapi musim kemarau selama tujuh tahun yang akan datang
menjelma. Resolusi Nabi Yusuf
a.s. telah disambut baik dan diterima, beliau kemudiannya dilantik menjadi penasihat ekonomi negara yang
bijak merancang dan mengurus ekonomi negara.
Pendedahan Al Quran tentang Kisah Nabi Yusuf a.s. yang memaparkan
kemelut ekonomi yang akan dihadapi Negara Mesir telah memberi pengajaran yang
amat berharga kepada pakar-pakar ekonomi dan dunia hari ini tentang betapa
pentingnya pelan strategik dalam sistem ekonomi global untuk menyelamatkan sesebuah
negara dari dildia krisis ekonomi yang boleh membebankan rakyat dan negara.
Sistem ekonomi yang diwujudkan oleh Nabi Yusuf a.s. dalam tempoh empat belas
tahun adalah ‘sistem ekonomi penyelamat’ dengan pengimbangan kadar pengeluaran
dan penghasilan, penabungan dan simpanan, penggunaan dan perbelanjaan serta
pelaksanaan sistem ekonomi pemulihan dengan membuat pelaburan semula. Sistem ekonomi yang diwujudkan oleh Nabi Yusuf a.s.
sekaligus membatalkan sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan
semata-mata.
Sekian,
wassalam
Al
Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi
Mustafa El-Batnani
No comments:
Post a Comment