Seorang ketua ajaran Kristian Protestant
bernama Martin Luther pernah membongkarkan penyelewengan yang berlaku di dalam
ajaran Kristian Katolik yang menasihatkan supaya kaum wanita menjauhkan diri
dari pelajaran dengan alasan tiada gunanya bagi mereka berpendidikan.
Sehingga tahun 1850 di
tanah jajahan Inggeris dan Boston, masih terdapat undang-undang yang melarang
wanita bertindak maju ke hadapan, suami diberi hak untuk memukul anak gadisnya
dengan tongkat dan wanita tidak sedikitpun diberi hak, sehingga pada pakaiannya
walaupun hasil dari keringatnya sendiri.
John Damascene pernah
berkata: “ Wanita adalah anak yang dilahirkan dari pendustaan, penunggu
neraka jahannam dan musuh keselamatan, dengan sebab dialah Adam terkeluar dari
pintu syurga “.
Gambaran
ini memang merupakan suatu penghinaan kepada kaum wanita yang dianggap sebagai
makhluk yang tidak berguna langsung kepada masyarakat. Kaum wanita tidak boleh
diberi pelajaran dan pendidikan yang secukupnya, kerana mereka adalah golongan
yang hina. Sebab itu, kaum wanita di dalam agama Kristian kelihatan jumud dan
kolot serta tidak mempunyai aturcara kehidupan yang sempurna untuk menghadapi
masa yang akan datang.
Sekian, wassalam
Al Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani
No comments:
Post a Comment