Di dalam kitab suci ajaran agama Hindu atau
Brahma yang bernama Manu, kaum wanita disifatkan sebagai golongan manusia yang
dipandang hina dan tidak mempunyai apa-apa peranan dalam masyarakat. Oleh itu,
kaum wanita di kalangan Bangsa Hindu, terutama anak-anak gadis diperdagangkan
atau dijual beli kepada sesiapa sahaja yang mahu dengan bayaran tertentu.
Di India, kira-kira
30,000 jiwa janda dalam setahun dibakar hangus kerana sikap fanatik manusia dan
kepercayaan khurafat terhadap kaum wanita yang tidak mempunyai apa-apa nilai
dan penghargaan terhadap masyarakat. Sebagai contoh, diceritakan bagaimana
seorang wanita keturunan bangsawan yang berumur masih belasan tahun telah
kematian suami dan mempunyai seorang anak berusia empat tahun terpaksa masuk ke
dalam unggun api yang menyala berkobar-kobar demi menyatakan kesetiaan cintanya
kepada suaminya yang telah meninggal. Dia terpaksa merintih merayu dengan sebak
di dada dengan linangan air mata yang bercucuran jatuh ke bumi sebagai menagih
simpati supaya tidak menjadi mangsa ajaran khurafat yang karut-marut itu.
Dia terpaksa berpeluk
cium dengan anak dan keluarganya tercinta, tetapi tiada siapa yang mahu
mengambil simpati dan belas kasihan. Dunia sama sekali menyaksikan kekejaman
kepercayaan yang karut ini dengan sekelip mata sahaja nyawa wanita muda itu
melayang ketika jasadnya merempuh masuk ke dalam nyalaan api yang
berkobar-kobar, walaupun tanpa keredhaannya.
Namun Manu, kita suci
ajaran Hindu itu tetap bermadah: “Kaum wanita menunjukkan sikap lemahnya dan
kelakukannya yang buruk….”.
Di dalam kepercayaan
agama Hindu lagi ada menyatakan: “ Manusia hilang kehormatannya adalah
kerana wanita, asal usul permusuhan adalah disebabkan wanita, kerana itu
jauhilah wanita. Sesungguhnya wanita selalu memikirkan nafsu syahwat, selalu
marah dan sukakan kepalsuan dan tidak pernah berlaku jujur. Menurut tabiatnya,
wanita suka menggoda kaum lelaki, oleh sebab itu kaum lelaki mestilah
berhati-hati terhadap wanita….”
Apabila wanita yang
sedang haidh tidur bersama suaminya, dia tidak sekali-kali menjadi bersih
sebelum dia meminun air basuhan dua tapak kaki suaminya pada hari keempat dan
kemudian hendaklah mandi. Demikianlah betapa buruk penghormatan yang diberikan
kepada kaum wanita, akibat dari kepercayaan yang karut dan kejahilan hidup,
sedangkan mereka semua dilahirkan dari perut wanita.
Sekian, wassalam
Al Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani
No comments:
Post a Comment