Al Quran mempunyai cahaya yang sangat terang untuk menyuluh hati
dan jiwa manusia, cahayanya dapat membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan,
di antara keadilan dan kezaliman, di antara kebahagiaan dan kekejaman.
Cahayanya merupakan ‘lampu suluh’ untuk menerangi kegelapan ketika berada dalam
perjalanan hidup dan cahayanya juga merupakan saham atau pelaburan jangka
panjang yang sangat menguntungkan dalam kehidupan, di mana indeksnya pasti akan
menegak apabila nilai-nilai keimanan dan ketakwaan dalam diri seseorang hamba itu
mula menggamit. Al Quran juga merupakan cahaya yang sentiasa bersinar menerangi
kehidupan seseorang hamba dan ia bertindak membawa keluar dirinya apabila
berada dalam kegelapan kepada cahayanya yang terang-benderang. Kemudian,
cahayanya itu pula akan menghalang hamba itu tadi daripada kembali semula ke
dalam kegelapan dan memastikan agar dia sentiasa memperolehi bekalan cahaya
yang cukup. Al Quran juga bertindak menghalang dirinya daripada melakukan
tabiat buruk dan mengerjakan perkara-perkara yang bertentangan dengan isi
pengajarannya.
Firman Allah Ta'ala
قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ
وَكِتَابٌ مُبِينٌ يَهْدِي بِهِ
اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلاَمِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ
الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Maksudnya: “ Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu dari
Allah cahaya dan Kitab yang terang, Allah memimpin sesiapa sahaja yang mahu
mengikut keredhaanNya ke jalan perdamaian dan mengeluarkan mereka dari
kegelapan kepada cahaya yang terang dengan izinNya dan mereka dipimpin ke jalan
yang lurus “ (Al Maidah: 15-16).
Amat benar sekali, orang-orang yang mengambil
Al Quran untuk diletakkan ke dalam ruangan hidup, ke dalam hati sanubari dan
jiwa nurani sebagai pedoman merupakan orang-orang yang mendapat cahaya petunjuk
dari Allah dan mereka dianggap sebagai golongan manusia yang bertuah dan menakjubkan
yang terdiri di kalangan mereka yang mendapat kejayaan.
Firman Allah Ta’ala:
وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي
أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: “ Dan ikutlah kamu cahaya (Al Quran) yang diturunkan
bersamanya dan mereka itulah orang-orang yang memperolehi kejayaan “ (Al A'raf:
157).
Sekian,
wassalam
Al
Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi
Mustafa El-Batnani
No comments:
Post a Comment