Setiap hamba yang beriman kepada Allah hendaklah
memusatkan bertawakal kepada Allah, dia hendaklah menyerahkan segala tugas dan
setiap urusan yang dilakuakan itu kepada Allah dan dia mesti percaya kepada Allah
sebagai tempat bergantung. Menurut Imam Ahmad Ibn Hanbal, tawakal merupakan urusan
perasaan yang terkandung dalam hati sanubari dan jiwa nurani yang melibatkan
amalan berkaitan dengan spiritual, tawakal bukan sesuatu yang diucapkan oleh lidah
dan bukan pula sesuatu yang dilakukan oleh anggota tubuh badan, tawakal juga tidak
boleh dianggap sebagai suatu ilmu atau pengetahuan. Sebenarnya, tawakal
merupakan amalan yang berkaitan dengan persoalan sanubari dan nurani yang
mencetuskan nilai-nilai ubudiyah hanya kepada Allah dengan menydiarkan segala amalan
hidup itu hanya semata-mata kepada Allah, berlindung hanya kepadaNya, redha di atas
apa yang berlaku dan menimpa adalah keranaNya, berkeyakinan bahawa Allah akan tetap
mencukupkan rezeki ke atas setiap hambaNya di samping usaha yang gigih.
Firman Allah Ta’ala:
Maksudnya: “Dan
bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui” (Al Anfal: 61).
Segala rintihan perasaan
yang berlegar-legar di celah perasaan dan bermain-main di dalam hati sanubari
dan jiwa nurani tetap didengar oleh Allah dan tidak sekali-kali menzalimi hamba
yang bertawakal kepadaNya.
Firman Allah Ta’ala:
وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِنْ بَعْدِ
مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَلأجْرُ الآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَلَىٰ
رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Maksudnya: “Dan
orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dizalimi, pasti Kami
akan memberikan tempat yang baik kepada mereka di dunia dan sesungguhnya pahala
di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (iaitu) orang-orang
yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawkkal” (An Nahl: 41-42).
Kerana tawakal merupakan repleksi dari permohonan
seseorang hamba untuk meminta pertolongan hanya kepada Allah, dia tidak
sekali-kali meminta perlindungan melainkan hanya kepada Allah dan dia tidak menydiarkan
maruah dan harga dirinya melainkan hanya kepada Allah, maka dari sudut
hakikatnya dia telah bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya tawakal merupakan
syarat bagi seseorang hamba untuk mendapatkan keperluan yang dikehendakinya.
Sekian, wassalam
Al Faqir Ila ‘Afwi Rabb,
Lutpi Mustafa El-Batnani
No comments:
Post a Comment