PENGUASAAN ISTIQOMAH DALAM KEHIDUPAN

Tuesday 16 August 2011

TUJUAN KEHIDUPAN ZUHUD: OPTIMIS HANYA KEPADA ALLAH

Pergantungan hidup manusia mestilah hanya kepada Allah semata-mata walau di dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada dalam keadaan susah ataupun senang dan tidak kira pula di mana mereka berada, sama ada di dalam pondak yang usang atau di dalam mahligai yang indah, mereka hendaklah bergantung kepada Allah.

Firman Allah Ta'ala:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا  إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: " Katakanlah: Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas kecelakaan diri mereka! Janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang “ (Az Zumar:53).

      Diriwayatkan dari Mu'az bin Jabal r.a. ketika beliau bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. menunggang seekor himar, baginda bertanya kepada Mu'az:

يآ مُعَاذُ! هَلْ تَدْرِى مَا حَقُّ الَّلهِ عَلَى عِبَادِهِ وَمَا حَقُّ الْعِبَادِ عَلَى الَّلهِ؟ قُلْتُ: الَّلهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: فَإنَّ حَقَّ الَّلهِ عَلَى الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوْهُ وَلاَيُشْرِكُوْا بِهِ شِيْئًا، وَحَقَّ الْعِبَادِ عَلَى الَّلهِ أنْ لاَيُعَذِّبَ مَنْ لاَيُشْرِكُ بِهِ، فَقُلْتُ: يآرَسُوْلَ الَّلهِ، أفَلاَ أُبَشِّرُ النَّاسَ؟ قَالَ: لاَ تُبَشِّرْهُمْ فَيَتَّكِلُوْا

Maksudnya: " Wahai Mu'az! Adakah kamu tahu apakah hak Allah ke atas hambaNya dan hak hamba ke atas Allah? Jawab ku: Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui, lalu Nabi bersabda: Sesungguhnya hak Allah yang diwajibkan ke atas hamba ialah mengabdikan diri kepadaNya dan tidak sekali-kali menyekutukanNya dengan sesuatupun, manakala hak hamba ke atas Allah ialah tidak menyiksa orang yang tidak menyekutukanNya, aku bertanya: Bolehkah aku khabarkan perkara ini kepada orang ramai? Jawab baginda: Jangan! Nanti mereka tidak mahu berusaha “ (Sepakat riwayat).

    Sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

إنَّ الَّلهَ تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بِالَّلَيْلِ لِيَتُوْبَ مُسِئَ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوْبَ مُسِئَ اللَّيْلِ حتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

Maksudnya: " Sesungguhnya Allah menghulurkan tanganNya pada waktu malam untuk menerima taubat orang-orang yang berdosa pada waktu siang dan menghulurkan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubat orang-orang yang berdosa pada waktu malam, sehingga terbitnya matahari dari sebelah barat “ (Riwayat Muslim).

Manakala Jabir bin Abdullah r.a. telah mendengar, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

لاَ يَمُوْتُنَّ أَحَدُكُمْ إلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ بِالَّلهِ عَزَّوَجَلَّ

Maksudnya: " Janganlah seseorang kamu mati melainkan dalam keadaan baik sangka kepada Allah Azza Wajalla “ (Riwayat Muslim).

     Sepotong hadith qudsi yang diriwayatkan oleh Anas r.a. bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah Ta'ala berfirman:

يآابْنَ آدَمَ إنَّكَ مَا دَعَوْتَنِى وَرَجَوْتَنِى غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِى يآ ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِى غَفَرْتُ لَكَ، يآ ابْن آدَمَ إنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِى بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خُطاَيَا ثُمَّ لَقِيْتَنِى لاَتُشْرِكُ بِى شَيْئًا َلأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً.

Maksudnya: " Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama kamu berdoa dan mengharapkan kepada Ku, sudah pasti Aku ampunkan segala dosa yang telah lalu dan Aku tidak menghiraukan berapa banyak sekalipun, Wahai anak Adam! Andaikata dosa mu telah sampai ke langit kemudian kamu meminta ampun kepada Ku, nescaya Aku ampunkan, wahai anak Adam! Andaikata kamu datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi, tetapi kamu mengadap Ku dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu juapun, nescaya Aku akan memberi keampunan kepada kamu sepenuh bumi ini pula “ (Riwayat At Tirmizi).





Sekian, wassalam

Al Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani

No comments:

Post a Comment