PENGUASAAN ISTIQOMAH DALAM KEHIDUPAN

Tuesday 16 August 2011

TUJUAN KEHIDUPAN ZUHUD: BERUSAHA DENGAN SENDIRI

Konsep kezuhudan telah mendidik manusia untuk terus berusaha dan bekerja dan sekaligus mewujudkan konsep tawakkal kepada Allah di dalam usaha mencari secebis keredhaanNya.

Firman Allah Ta'ala:

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلاَةُ فَانْتَشِرُوا فِي الأرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: " Apabila selesai mengerjakan solat “ (Juma'at) maka bertebaranlah kamu di atas bumi dan carilah kurniaan dari Allah dan banyakkanlah berzikir kepada Allah, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan “ (Al Jum'ah:10).

       Sepotong hadith, yang diriwayatkan oleh Zubair bin Awwam r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah menggambarkan tentang kelebihan seseorang muslim yang berusaha dan bekerja dengan titik peluhnya sendiri tanpa meminta-minta dari orang lain.

لأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ أَحْبُلَهُ ثُمَّ يَاْتِىَ الْجَبَلَ فَيَأْتِىَ بِحُزْمَةٍ مِنْ حَطَبٍ عَلَى ظَهْرِهِ فَيَبِيْعَهَا فَيَكُفَّ الَّلهُ بِهَا وَجْهَهُ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ النَّاسَ أَعْطَوْهُ أَوْ مَنَعُوْه

Maksudnya: " Demi sekiranya seseorang dari kamu membawa tali dan pergi ke bukit mencari kayu api, kemudian dibawa ke pasar untuk dijual, nescaya Allah akan menutup keaibannya, kerana yang demikian itu terlebih baik baginya daripada meminta-minta sama ada mereka memberi atau menolak “ (Riwayat Bukhari).

     Di dalam sepotong hadith yang lain, Al Miqdad bin Ma'dikarib r.a. telah meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ عَمَلِ يَدَيْهِ وَإِنَّ نَبِىَّ الله دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

Maksudnya: " Tidaklah seseorang itu memakan makanan yang lebih baik dari hasil usahanya sendiri, sesungguhnya Nabi Allah Dawud a.s. memakan dari hasil usahanya sendiri “ (Riwayat Bukhari).






Sekian, wassalam

Al Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani

No comments:

Post a Comment