TUJUAN KEHIDUPAN ZUHUD: MENERIMA APA YANG ADA
Kehidupan zuhud mengajar ummat Islam erti memadai dengan apa yang ada, erti mencukupi dengan apa yang dikurniakan oleh Allah dan tidak meminta-minta dari orang lain untuk menagih simpati atau belas kasihan. Kehidupan zuhud mengajar erti apa yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam Al Kitab.
Firman Allah Ta'ala:
وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا
Maksudnya: " Dan orang-orang yang apabila mereka memberi nafkah tidak boros dan tidak sedikitpun merasa kedekut, iaitu pertengahan antara kedua sifat tersebut “ (Al Furqan: 67).
Sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Karimah Al Miqdad bin Ma'dikarib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
مَا مَلأَ آدَمِىٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنِ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلاَتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِ كَانَ لاَمَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ
Maksudnya: " Tidaklah memenuhi anak Adam bejana yang bahaya dari perutnya sekadar menerima beberapa suap makanan yang dapat menegakkan punggungnya, jika harus lebih, hendaklah dibahagikan tiga; sepertiga untuk makan, sepertiga untuk minum dan sepertiga lagi untuk nafas “ (Riwayat At Tirmizi).
Sepotong hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr Al Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
قَدْ أفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَكَانَ رِزْقُهُ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ الّلهُ بِمَا آتَاهُ
Maksudnya: " Sungguh beruntung orang yang Islam dan adalah rezekinya cukup serta menerima segala pemberian Allah “ (Riwayat Muslim).
Sekian, wassalam
Al Faqir Ila ‘Afwi Rabb
Lutpi Mustafa El-Batnani
No comments:
Post a Comment